
Memaparkan catatan dengan label #Log. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label #Log. Papar semua catatan
#Log - Free smart phone
Log ini just sebagai review ringkas berkenaan Pakej Komunikasi Belia dan Yes Buzz 4G Cloud Phone yang ditawarkan. Dan juga sebagai indikasi betape seronoknya dapat smartphone yang pertama secara percuma. Cewah~ Siyes, logically bukan senang nak dapat handphone free. So, berikut adalah review berkenaan dengan smartphone yang boleh dapat secara bercuma. Kemaskini Januari 2013
Ringkasan Pakej Komunikasi Belia 2013 :
"Daripada peruntukan dana sebanyak RM300 juta dengan rebat RM200 atas harga jualan telefon pintar kepada para belia bagi membuka akses golongan muda kepada lebuhraya maklumat.

#Log - Mencuba Nasib
Last week, aku join Custom Card Picture Contest(link) anjuran RebirthRO (game online). Untuk pemenang dan naib johan setiap gambar tu diberikan 2500/1500 point dalam game untuk barangan premium. Kalau "convert"kan nilai tu 100 point = 1 euro; so, kalau menang dapat lebih kurang point yang bernilai RM98.66/59.20 setiap satu kad. Habiskan duet banyak tu untuk game? Memang tak la jawapnye. Tapi kalau dapat tu, sedap.... Nyum2~
#Log - Tracing Pertama
Jun 2010, tracing pertama Fiq untuk potret menggunakan Pen Tool, Illustrator CS3.
Kebiasaannya, potret digital ataupun lukisan semula ni dilakukan artis grafik menggunakan Photoshop untuk mendapatkan kontur yang cantik dan penggunaan warna yang banyak. Adaptasi daripada konsep "cat dan pen hanya alat untuk berkarya", segala aplikasi yang digunakan juga memainkan peranan yang sama iaitu hanya sebagai "alat" yang diikuti dengan kelebihan dan kekurangan dalam faktor tertentu. Namun, dengan menggunakan apa sekali pun aplikasi/alat tidak mustahil bagi seorang seniman untuk berkarya mahupun hanya dengan menggunakan typewriter (mesin taip) untuk melukis gambar wajah manusia.
#Log - Imej Terbaik Laman Sesawang
Sekiranya anda terlibat dalam pembikinan/rekaan imej digital, ia adalah penting untuk anda mengetahui perbezaan antara setiap satu format fail imej yang digunakan supaya paparan yang terhasil bersesuaian dengan kehendak anda. Faktor gradient (kecerunan), transparency (ketelusan), complexity (tahap kompleks), saiz fail yang dicipta, hasil paparan tercipta, sharpness (ketajaman) perlu diambil kira terutama dalam proses merekabentuk web/blog.
#Log - Cetak Rompak
Fantasi :

Dalam isu cetak rompak atau "piracy", majoriti daripada penghasil karya seni mahupun intelektual akan memerangi dan mempertahankan hak mereka dalam pelbagai bentuk usaha seperti undang2, cap dagangan (trademark), hologram, kawalan qualiti, dll. Tetapi cuba kita fikir sejenak. Secara individu, anda rasa ianya boleh ditangani sekali gus boleh hapuskan?
#Log - Jual Ilmu
Secara jujur, acap kali apabila ada manusia yang menyebut perkataan *Ilmu bukan untuk dijual secara sinis memang agak terasa annoying (menjengkelkan). Sekitar tahun 2011-2012, Mr. J ada satu blog yang berfungsi sebagai tempat rujukan ilmiah especially (terutama) kepada pelajar Politeknik yang mengambil jurusan Teknologi Maklumat, dikenali sebagai cdpco tapi atas permintaan golongan pensyarah blog tu terpaksa ditutup. Antara kandungan yang ada dalam blog itu : nota, laporan makmal, latihan dan jawapan; soalan peperiksaan lepas, perkongsian jawapan terbaik, contoh program sebagai panduan, dll.
Langgan:
Catatan (Atom)







