#Log - Imej Terbaik Laman Sesawang

Sekiranya anda terlibat dalam pembikinan/rekaan imej digital, ia adalah penting untuk anda mengetahui perbezaan antara setiap satu format fail imej yang digunakan supaya paparan yang terhasil bersesuaian dengan kehendak anda. Faktor gradient (kecerunan), transparency (ketelusan), complexity (tahap kompleks), saiz fail yang dicipta, hasil paparan tercipta, sharpness (ketajaman) perlu diambil kira terutama dalam proses merekabentuk web/blog.

GIF, JPG, dan PNG merupakan format fail imej yang paling kerap digunakan dalam laman sesawang. Perbezaan antara format tersebut adalah imej yang terhasil dan setiap format tersebut mempunyai kegunaan/tempat yang bersesuai untuk digunakan didalam web (laman sesawang) dan juga boleh digunakan sebagai fail imej untuk dicetak. Berbeza dengan  fail cetakan selalunya mempunyai resolusi yang sangat tinggi, manakala imej web kebiasaannya hanya mempunyai nilai resolusi sebanyak 72 dpi sahaja bagi mempercepatkan proses muat-turun.


JPEG/JPG
GIF
PNG

Joint Photographic Experts Group, nama asal bagi pertubuhan yang menulis piawaian tersebut.Graphics Interchange 
Format, telah dibangunkan pada lewat 1980-an dan ia masih digunakan secara meluas sehingga kini
Portable Network Graphics, telah dibangunkan sekitar tahun 1995 dan telah dilaksanakan secara meluas dalam kebanyakan pelayar web seawal 1998.
Sokongan
Fungsi
Transparency
Tidak
Ya
Ya
Fungsi Utama Paparan grafik segar dan cantik seperti imej fotografi dan imej grafik yang kompleks Paparan grafik mudah untuk kelajuan optima seperti icon dan logo Paparan grafik bertindih sambil memeliha ciri-ciri tertentu seperti noise (kehingaran), blur (kabur), dll.
Teknik Mampatan
(Compression)
- JPG adalah teknik lossy compression (mampatan berkehilangan) yang direka untuk memampatkan warna dan skala kelabu imej nada berterusan. Maklumat yang dibuang semasa mampatan adalah maklumat  tidak dapat mengesan mata manusia - GIF memampatkan fail menggunakan algoritma yang dipanggil LZW, yang menyimpan kesan warna dan membantu untuk mengurangkan saiz fail. - Kebiasaanya, PNG  memampatkan fail lebih baik daripada GIF dalam hampir setiap kes (5% kepada 25%)
Kelebihan  - JPEG support (menyokong) sehingga kepada 16.7 juta warna, yang menjadikan mereka pilihan yang tepat untuk gambar fotografi dan imej yang kompleks.

- Dengan pelbagai jenis warna, anda boleh mempunyai imej yang cantik tanpa saiz fail besar.

-Terdapat juga JPEG progresive (progresif), yang pra-muat serupa dengan Interlaced GIF. Mereka mula dengan paparan kabur yang semakin fokus dalam proses muat turun sehingga selesai.

- Sesuai untuk kegunaan ikon, logo, simbol, rajah ringkas

- Support (menyokong) fungsi interlacing yang membenarkan proses pre-load (pra-muatan) dengan mula memaparkan gambar yang kabus dan menjadi fokus apabila selesai memuat-turun.
- Sesuai untuk mengekalkan kualiti editing (suntingan) dan mengekalkan segala informasi terkandung.

- Transparency yang disokong oleh PNG adalah berbeza daripada Gif, kerana mereka boleh mempunyai transparency (ketelusan) pada tahap yang berbeza. Fail GIF hanya membenarkan fungsi sama ada tranparent (telus) atau solid (legap) sahaja. Manakala membenarkan penciptaan/pameran imej kabur, separa legap,  legap dan transparent (telus).

- PNG telah khas direka untuk paparan imej di Internet, bukan untuk cetakan grafik profesional yang berkualiti

.
Kekurangan - JPG tidak berfungsi dengan baik pada lukisan garisan, tulisan atau grafik yang mudah kerana tidak ada banyak imej yang boleh dibuang dalam proses lossy compression, menjadikan imej kehilangan kejelasan dan ketajaman.

- Secara umumnya, jika anda memilih pilihan kualiti maksimum, imej anda akan menjadi tidak dapat dibezakan dari gambar asal anda, mungkin mendorong kepada ciptaan fail yang bersaiz besar.
- Resolution (resolusi) yang amat rendah kerana terhad kepada 256 warna.

- Animasi GIF tidak setanding/menyediakan fungsi tahap teknologi animasi yang disediakan oleh Flash, namun ia masih membenarkan anda untuk menambah pergerakan dalam laman sesawang tanpa perlu pengaturcaraan mahupun pengekodan.
- Dengan saiz yang sama berbanding GIF dan JPEG, ciptaan fail PNG bersaiz lebih besar untuk mengekalkan segala informasi yang terkandung didalam.

- Walaupun dalam kes terpencil, namun ia penting sebagai peringatan kerana PNG mungkin tidak disokong (supported) oleh browser lama; atau kehilangan ciri-ciri tertentu seperti transparency.
Contoh
120 x 120 px
Saiz Fail : 12.658 kB
120 x 120 px
Saiz Fail : 6.062 kB
120 x 120 px
Saiz Fail : 13.006 kB

- Saiz imej berdasarkan resolusi paparan
Kira-kira 90% daripada pengguna web sekarang (2013) mempunyai resolusi skrin sekurang-kurangnya 1024 x 768 pixel namun masih terdapat pengguna yang berada di komputer dengan 800 x 600 pixel monitor dan ini adalah antara faktor yang bakal mempengaruhi pertimbangan kita dalam pemilihan saiz imej yang sesuai untuk laman sesawang kita. 

Statistik paparan laman sesawang bagi pelayar (Browser)


- Resolusi imej terbaik
Secara ringkas, disarankan resolusi imej terbaik bagi laman sesawang (website) adalah 72 DPI (Dot-Per-Inch) atau 72 PPI (Pixel-Per-Inch). Hal ini kerana piawaian monitor hanya akan memaparkan resolusi sekitar 72 DPI dan resolusi yang tinggi bagi sesebuah imej itu mungkin akan menyebabkan saiz fail imej tersebut lebih besar, sekali gus melambatkan proses muat turun (loading) suatu laman itu.

- Thumbnail
75 pixel sehingga 200 pixel dengan 72 DPI 

Laman web Mengenai 400-600 piksel
luas untuk imej besar;
100-200 thumbnail
imej
72 DPI JPEG