howTo - download guna uTorrent

Amaran! kepada penguna broadband yang mempunya usage quota (kuota penggunaan) internet, anda tidak digalakkan mengunakan torrent client untuk mendownload file (fail) yang bersaiz besar kerana ini mungkin menyebabkan quota penggunaan anda habis dengan cepat

Yang ni pula, Tutorial bagi howTo download guna uTorrent. Sebelum tutorial dimulakan, perlu sediakan bitTorrent client seperti yang ditunjukkan dibawah ni. Sekiranya anda tidak mempunyai sebarang bitTorrent client, klik link howTo install uTorrent untuk mempelajari cara bagaimana mendapatkannya.



Step 1 : pergi ke laman sesawang kat.ph (kegemaran peribadi) atau mulakan carian bitTorrent yang dikehendaki di google atau mana2 enjin carian yang sedia ada, sebagai contoh "movie torrent avenger...". terdapat pelbagai lagi laman yang menyediakan kemudahan mendownload torrent secara percuma seperti ahashare, jiwang-torrent, dll.

Step 2 : pada laman2 ini, anda boleh mulakan carian dengan mengisi kata kunci pada search query ataupun anda juga boleh terokai laman tersebut berdasarkan kategori/pecahan2 yang telah disediakan. Berdasarkan satu kata kunci, pelbagai senarai torrent akan dipaparkan untuk anda. Kenal pasti pilihan anda mengikut sesuaian dan kemahuan. (Tips memilih torrent akan diterangkan pada post berikutnya)


Step 3 : Klik pada link/button yang tepat kerana kebiasaannya akan ada download link yang ditaja yang akan menyuruh anda subscribe (melanggan) bagi mendapatkan direct download dengan kelajuan tinggi. Perhatikan snap (tangkapan skrin) dibawah, butang download yang ditaja adalah lebih besar daripada link untuk download torrent secara percuma. (Peringatan : anda sedang men"download" torrent dan bukannya download secara terus.)


Step 4 : Setelah selesai muat turun torrent anda, klik pada torrent tersebut dan akan pop-out (muncul) paparan bitTorrent client anda


Step 5 : kepada advance-user (penguna yang mahir), anda mungkin mahukan customization (penyesuaian) tertentu kepada file yang anda ingin muat turun. Secara ringkasnya, anda hanya perlu tekan butang OK.


Step 6 : Sehingga langkah ini, anda sepatutnya melihat file yang anda inginkan tersebut sedang/telah dimuat-turun. Double click pada torrent yang telah selesai dimuat turun dan akan pop-out satu folder yang mengandungi file tersebut. Sekian (^^,)


Link berkaitan :


Disclaimer/Penafian! blog ini hanya untuk bertujuan kongsian informasi dan maklumat dan tidak bertanggungjawab terhadap sebarang tindakan yang dilakukan. Memuat turun filem, perisian, permainan, lagu, rancangan television mungkin mencabuli hak cipta karya.