Jun 2010, tracing pertama Fiq untuk potret menggunakan Pen Tool, Illustrator CS3.
Kebiasaannya, potret digital ataupun lukisan semula ni dilakukan artis grafik menggunakan Photoshop untuk mendapatkan kontur yang cantik dan penggunaan warna yang banyak. Adaptasi daripada konsep "cat dan pen hanya alat untuk berkarya", segala aplikasi yang digunakan juga memainkan peranan yang sama iaitu hanya sebagai "alat" yang diikuti dengan kelebihan dan kekurangan dalam faktor tertentu. Namun, dengan menggunakan apa sekali pun aplikasi/alat tidak mustahil bagi seorang seniman untuk berkarya mahupun hanya dengan menggunakan typewriter (mesin taip) untuk melukis gambar wajah manusia.
Fasa 1 : Melakar dan mewarna dengan warna asas bagi mendapat rupa (Teknik Asas)
Fasa 2 : Mewarna dengan warna yang lebih gelap
Fasa 3 : Menghaluskan pengunaan warna untuk mendapatkan hasil yang lebih terperinci
Setelah hampir 4 jam berpeluh-peluh, akhirnya lukisan berjaya disiapkan hanya dengan menggunakan tetikus. YES! Jumlah keseluruhan Layer (lapisan) adalah 185 lapisan.
Share this url :
Masalah juga nak letak post (siaran) ni sebab mengandungi potrait "foto asal" yang tidak dapat dipastikan hak ciptanya. Gambar diperolehi daripada enjin carian bertarikh 11 Jun 2010 dibawah kata kunci "hijab".Fiq cuba juga cari link asal, tapi cuma yang ada hanya link kepada Mr. K dengan I Want To Go To Jannah ni sahaja.
Sila lihat pada Disclaimer.