#Log - Cetak Rompak

Fantasi :

Dalam isu cetak rompak atau "piracy", majoriti daripada penghasil karya seni mahupun intelektual akan memerangi dan mempertahankan hak mereka dalam pelbagai bentuk usaha seperti undang2, cap dagangan (trademark), hologram, kawalan qualiti, dll. Tetapi cuba kita fikir sejenak. Secara individu, anda rasa ianya boleh ditangani sekali gus boleh hapuskan?



Secara ringkas jawapannya sudah tentu tidak. Dalam arus teknologi yang berkembang, pertempuran antara lanun cetak rompak dan pemegang hak cipta semakin meningkat, namun lanun ini sentiasa akan berada satu langkah dihadapan mendahului. Bagi menjelaskan keadaan, isu yang dibangkitkan ini bukan untuk menunjukkan yang Fiq menjadi "pro-piracy" tetapi semata2 menunjukkan realiti yang tidak dapat dielak dan enggan diakui oleh media.

Apa yang jelas, undang-undang bukan jawapannya. Piracy sememangnya menyalahi undang2 di kebanyakan negara di seluruh dunia seperti Amerika Syarikat yang cuba menyenarai-hitamkan laman2 sesawang daripada China dan Iran dan mengambil jalan penyelasaian perundangan. Sekali lagi, piracy berada selangkah maju setelah mereka bergerak secara underground (bawah-tanah) dan jelas dikalangan pengguna. Hal ini boleh diibaratkan seperti perundangan yang cuba mengharamkan penyebaran gambar kucing.

Maka, apa yang anda perlu lakukan? Sedarlah bahawa cetak rompak adalah masalah perkhidmatan. Sekarang, daripada tetingkat internet explorer anda, dalam beberapa klik pantas anda mungkin sudah memuat turun dan mula menonton filem secara percuma.

Artikel pendek untuk pertandingan "Benteras Cetak Rompak"
status : disqualified (hilang kelayakan) 

Secara teori semata-mata :
Step 1 : Gerakkan tetikus dan klik pada bookmark Pirate Bay 

Step 2 :  Taipkan tajuk filem yang diinginkan

Step 3 : Klik pada torrent dengan seed (benih) tertinggi

Step 4 : Muat turun torrent

Realiti :

Link berkaitan : howTo download guna torrent


Share this url :