#Log - Jual Ilmu


Secara jujur, acap kali apabila ada manusia yang menyebut perkataan *Ilmu bukan untuk dijual secara sinis memang agak terasa annoying (menjengkelkan). Sekitar tahun 2011-2012, Mr. J ada satu blog yang berfungsi sebagai tempat rujukan ilmiah especially (terutama) kepada pelajar Politeknik yang mengambil jurusan Teknologi Maklumat, dikenali sebagai cdpco tapi atas permintaan golongan pensyarah blog tu terpaksa ditutup. Antara kandungan yang ada dalam blog itu : nota, laporan makmal, latihan dan jawapan; soalan peperiksaan lepas, perkongsian jawapan terbaik, contoh program sebagai panduan, dll.

Berbalik kepada topik asal,  cdpco juga menyediakan servis mentor peribadi dan program contoh secara berbayar. Antara banyak perkongsian tu, servis khas dijadikan persoalan sebagai usaha menjual ilmu. "Arrrggghhhh! Stress~". Kadang2 tu geram juga bila dengar *ayat yang sama walaupun daripada orang yang berbeza. "Rase mcm nak tembak2 je dengan senapang peluru getah kat rumah atok aku tu.. tak payah susah2 nak explain"



"Wahahaha!" gelak jahat. "Kalau la boleh buat mcmtu kan?". Konsep asas yang operasi yang diterapkan dalam cdpco sebenarnya simple (ringkas). Sebagai student (pelajar), kami share (kongsi) tutorial, soalan latihan dan jawapan. Apa yang dijual/berbayar hanya khusus kepada benda yang perlu diletakkan 100 tan of effort (usaha) untuk buat contoh jawapan assignment,  panduan mini project/problem based task (PBT), berusah payah datang tempat dijanjikan pada masa di luar kampus.



Secara logiknya, ilmu tu suatu pemahaman, bukan sesuatu yang boleh kita ambil mudah sebagai contoh meniru. "Orang dah ponat2 buat assignment, sonang2 nak meniru.... Memang tak depet la... Dah cukup bagus ada org nak jual contoh jawapan", pastu mule la keluar ayat tu "ilmu untuk dishare, bukan dijual". PANG! "ni makannye~"



***



Secara kesimpulan, nak ilmu kite kena usaha,
study (belajar sendiri), kaji, buat discussion (perbincangan)
"Nak meniru tu bukan nak ilmu namenye, tu nak...
markah FREE 
atas
ZERO usaha...