#Log - Free smart phone

Log ini just sebagai review ringkas berkenaan Pakej Komunikasi Belia dan Yes Buzz 4G Cloud Phone yang ditawarkan. Dan juga sebagai indikasi betape seronoknya dapat smartphone yang pertama secara percuma. Cewah~ Siyes, logically bukan senang nak dapat handphone free. So, berikut adalah review berkenaan dengan smartphone yang boleh dapat secara bercuma. Kemaskini Januari 2013

Ringkasan Pakej Komunikasi Belia 2013 :
"Daripada peruntukan dana sebanyak RM300 juta dengan rebat RM200 atas harga jualan telefon pintar kepada para belia bagi membuka akses golongan muda kepada lebuhraya maklumat.


Apa yang BEST tentang Buzz Cloud?
Secara peribadi, untung dapat Buzz Cloud ni sbb FREE! Selain tu:
  • Ibarat seperti berukband yang boleh diguna tanpa/dengan laptop (fungsi pantas broadband 4G menggunakan USB kepada laptop)
  • Boleh browse Facebook, Tweeter, Blog, Youtube dengan laju (depend coverage la)
  • 2 pilihan warna yang menarik dan ada slide QWERTY (bajet~)
  • 2.0 Megapixel kamera
  • Memory card Micro SD
  • MP3,MP4,3GP
Butiran : Spesifikasi Buzz Cloud.

Contra tentang Buzz Cloud?
  • Tiada sokongan teknologi kad sim atau slot 'sim card', digantikan dengan fungsi 'login' ID Yes sama seperti broadband Yes Go 4G Dongle
  • Agak tebal berbanding smartphone yang berada dipasaran disebabkan fungsi Slide QWERTY.
  • Tiada fungsi skrin sentuh atau "touch screen" dan sudah pastinya tiada pengoperasian Android.
  • Skrin yang agak kecil walaupun mampu memainkan video YouTube
  • Tiada fungsi radio dan "torch light LED"

3 Langkah Mudah untuk mendaftar Pakej ini:
Isi borang pra-pendaftaran Pakej Komunikasi Belia di laman web SKMM Cetak borang tersebut atau catatkan nombor siri pada borang Pergi ke Yes Store bersama KP dan kad pelajar (jika ada) dan borang/no. siri tersebut 
Butiran : Pakej Samsung 4G Smartphone (Yes Buzz 4G Cloud Phone)

Perhatian : Semak lokasi  Yes Store yang terpilih adalah terhad kepada beberapa lokasi sahaja. Dinasihati juga agar lawati sendiri "store" tersebut untuk mendapatkan kepastian tentang pakej yang anda inginkan, kerana berkemungkinan terdapat pakej yang lebih menarik terutama kepada golongan mahasiswa.

Syarat memohon Rebat RM200 Telefon Pintar :
  • warganegera Malaysia
  • berumur antara 21 tahun sehingga 30 tahun pada tarikh memohon
  • berpendapatan bulanan kurang daripada RM3000
  • model telefon pintar tidak melebihi harga RM500 (tiada had : terkini 19/01/2013)
  • Untuk langganan baru dan sedia ada pakej jalurlebar
  • Satu telefon hanya untuk satu belia


Petikan daripada Soalan Lazim (FAQ) di Laman Rasmi Pakej Komunikasi Belia
Bilakah saya boleh mula memohon?
Permohonan boleh dibuat dari 1 Januari 2013 hingga 31 Disember 2013, atau sehingga peruntukan sebanyak RM 300 juta telah dipenuhi; yang mana terdahulu.

Apakah jenis-jenis telefon yang boleh di beli?
Anda boleh membeli jenis telefon pintar tahap permulaan yang ditawarkan oleh penyedia perkhidmatan. Senarai telefon yang termasuk di dalam skim ini boleh didapati di laman sesawang penyedia perkhidmatan mulai 1 Januari 2013.

Berapa lamakah tempoh masa untuk membuat tuntutan rebat ini ?
Anda diberi masa selama 1 (satu) bulan daripada tarikh pra-pendaftaran untuk membuat tuntutan. Pra-pendaftaran akan dianggap terbatal sekiranya tiada tuntutan dibuat dalam jangka masa tersebut. Anda dibenarkan untuk mendaftar semula selepas 1 bulan. 

Untuk maklumat lanjut lawati : Pakej Komuniskasi Belia